32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

2 penagih gagal larikan Pajero, ‘kantoi’ bawa dadah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya dua penagih dadah ketika melarikan sebuah kereta jenis Pajero dengan kenderaan curi di kawasan Kampung Pahi, Kuala Krai pada 17 Mei lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Krai, Suzaimi Mohamad berkata, kedua-dua suspek ditahan sekitar pukul 3.30 pagi selepas berlaku kejar-mengejar dengan unit kereta peronda (MPV).

Katanya, tindakan itu diambil selepas hebahan maklumat yang diterima daripada DCC Kota Bharu mengenai maklumat kecurian kereta itu yang dilaporkan hilang di kawasan Melor, Kota Bharu. 

‘Kecekapan dan tindakan pantas anggota Unit MPV IPD Kuala Krai telah berjaya mengesan kenderaan dinaiki saspek dan merampasnya dalam tempoh kurang satu jam daripada hebahan diterima.

“Pihak Polis menemui dadah, 85 biji pil warna kemerahan disyaki dadah jenis Methaphetamine, dua biji pil warna kuning bertulis satu dan 12 biji pil Epam Nitrazepam BP5 mg. 

“Kesemua dadah tersebut dijumpai di dalam beg pinggang warna biru jenama Polo yang dipakai dipinggang salah seorang saspek,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, suspek pertama berusia 39 tahun dan mempunyai empat rekod lampau manakala suspek kedua berusia 29 tahun dan mempunyai 10 rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah. 

Katanya, ujian saringan awal air kencing dapati kedua-dua saspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda serta Seksen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dengan sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan. 

“Siasatan lanjut mash dijalankan. Pihak polis mengharapkan masyarakat supaya meletakkan kepercayaan dan yakin dengan tindakan pihak polis dalam memerangi kes-kes jenayah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan