26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

PRN di enam negeri dijangka diadakan serentak – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

ENAM negeri dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak meskipun tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak sama.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau turut menjangka hari penamaan calon bagi enam negeri tersebut akan diadakan pada tarikh sama. 

“Saya difahamkan hari mengundi akan diadakan pada tarikh sama di semua enam negeri walaupun pembubarannya berbeza-beza. Selain tarikh pemilihan, hari penamaan calon juga dijangka ditetapkan pada waktu yang sama.

“Tetapi pihak media perlu membuat pengesahan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya kepada media di Parlimen, pada Khamis.

Ahmad yang Timbalan Menteri Kewangan berkata, terdapat DUN dalam kalangan enam negeri tersebut terbubar secara automatik pada Jun ini berdasarkan kepada tempoh lima tahun yang ditetapkan mengikut perlembagaan.

Enam negeri yang tidak membubarkan DUN selari dengan pembubaran Parlimen pada Oktober tahun lalu ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sementara Terengganu, Kedah dan Kelantan, dibawah teraju Perikatan Nasional (PN).

Baca juga:   PRN: Guan Eng seru rakan DAP bersatu, tewaskan PN

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kata sepakat dicapai enam negeri untuk membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRNmenerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri terbabit pada 22 Februari lalu. – Edisi 9

Baca juga:   Tawaran PN lebih baik daripada PH, BN

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan