Wednesday, July 22, 2026

Lokasi nahas trak FRU bukan kawasan kerap kemalangan

Berdasarkan makluman jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak, keadaan pemukaan jalan di lokasi kemalangan juga dalam keadaan baik. - Ahmad Maslan

Mesti Baca

LOKASI nahas jalan raya membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori membawa muatan batu yang mengorbankan sembilan anggota bukan kawasan kerap berlaku kemalangan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan makluman jurutera daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak, keadaan pemukaan jalan di lokasi kemalangan juga dalam keadaan baik.

Selain itu perabot dan tanda jalan juga mencukupi manakala Jalan Chikus-Sungai Lampam, Langkap itu juga tidak berlubang.

“Pertanyaan saya tentang sebab kematian sembilan anggota FRU pagi semalam akibat kemalangan jalan raya. Dijawab oleh jurutera daerah JKR Hilir Perak,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Soalan: Adakah sebab keadaan jalan tidak rata?
Jawapan: Tidak… permukaan jalan rata.

Soalan: Bagaimana dengan perabot atau tanda jalan di kawasan itu?
Jawapan: Perabot jalan mencukupi.

Soalan: Ada lubang di jalan berkaitan?
Jawapan: Tiada.

Soalan: Adakah itu kawasan blackspot yang selalu berlaku kemalangan?
Jawapan: Lokasi bukan kawasan blackspot (Laluan A122).

Dalam kejadian pagi semalam, trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan ke Ipoh selepas selesai bertugas pada sambutan Hari Wesak.

Tiba di tempat kejadian, muncul sebuah lori muatan batu yang dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang dan melanggar bahagian depan trak tersebut.

Akibat kemalangan itu lapan anggota yang menaiki trak berkenaan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.

Lima lagi anggota mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital berkenaan.

Kemalangan tersebut adalah nahas terburuk membabitkan anggota FRU dalam tempoh 35 tahun selepas tragedi di Lebuh Raya Karak pada 1990 lalu.

Dalam nahas terbabit trak FRU dirempuh sebuah bas yang mengalami masalah brek ketika menuruni bukit menyebabkan 15 orang maut termasuk 11 anggota. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan