Thursday, June 4, 2026

Lelaki cuba tembak isteri di KLIA dicekup di Kota Bharu

Mesti Baca

SEORANG lelaki yang diburu pihak berkuasa kerana disyaki melepaskan tembakan ke arah isterinya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam dilapor telah ditahan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang telah melarikan diri lebih daripada 36 jam itu telah ditahan pada pukul 2.30 petang.

“Suspek baru ditangkap di Kota Bharu, Kelantan. Saya belum ada maklumat lengkap tetapi suspek ditahan di sebuah rumah sewa di Kelantan,” katanya seperti dilaporan Harian Metro.

Edisi 9 semalam melaporkan, seorang lelaki tempatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah wanita yang juga merupakan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Bagimanapun, tembakan tersebut mengenai pengawal peribadi wanita tersebut sebelum suspek melarikan diri.

Polis juga menolak kaitan insiden itu dengan isu pengganas, ekstremis mahupun gangguan awam sebaliknya ia berkaitan perselisihan antara suami isteri. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan