27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Lima warga asing curi besi buruk ditahan di perairan Johor Timur

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran bersama lima suspek disyaki menyamun besi buruk di perairan Johor Timur pagi semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sediki, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kesemua mereka merupakan warga asing berumur di antara 31 hingga 53 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada pukul 10.45 pagi berhubung sebuah bot tunda Bongawan 9 bersama baj dengan muatan besi buruk telah dinaiki suspek.

Katanya, bot tunda dan baj tersebut dalam perjalanan dari Labuan ke Pelabuhan Klang dan suspek cuba mencuri muatan tersebut di kedudukan 3.8 batu nautika selatan Tanjung Penyusop.

“Sejurus aduan diterima, sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Menyedari kehadiran Maritim Malaysia, suspek bertindak cuba melarikan diri namun berjaya dipintas dan ditahan pada pukul 11.50 pagi di kedudukan 3.6 batu nautika selatan Tanjung Penyusop,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Najib berkata, semasa diiring ke jeti Pos Maritim Pengerang, bot tahanan telah mengalami kebocoran yang tidak dapat dikawal dan telah tenggelam pada kedudukan 2.0 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.

Advertisements

Katanya, kesemua suspek telah dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri serta pecah masuk yang mana jika didapati bersalah, boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan boleh juga dikenakan denda sehingga RM 4 ribu.

Kes juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 serta boleh dikenakan enam sebatan.

“Berdasarkan statistik yang direkodkan sejak 2018, kejadian ini merupakan kejadian kesembilan yang sama dilaporkan dan berjaya ditangani Maritim Malaysia,” katanya.

Modus Operandi yang digunakan oleh kumpulan tersebut sama seperti kejadian-kejadian yang lalu iaitu mensasarkan bot atau kapal yang bergerak perlahan.

Mereka melakukan aktiviti ini secara berkumpulan namun tidak menggunakan senjata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan