Wednesday, June 17, 2026

Sevilla buru kejuaraan ketujuh UEL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEVILLA memburu kejuaraan ketujuh Liga Europa (UEL) selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Juventus 2-1 di Stadium Ramon Sanchez Pijuan, awal pagi tadi.

Skuad Los Nervionenses itu terpaksa berpeluh sebelum mara ke final secara agregate 3-2 selepas perlawanan ditentukan menerusi masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit perlawanan.

Sevilla hampir di depan pada minit ke-24 apabila tandukan Lucas Ocampos ditepis keluar dari atas garisan oleh penjaga gol Juventus, Wojciech Szczęsny.

Namun, The Old Lady yang dibimbing Massimiliano Allegri berada di depan pada minit ke-65 apabila penyerang, Dusan Vlahovic menyudahkan tandukan Adrien Rabiot untuk meletakkan pelawat di depan.

Enam minit berselang menyaksikan Sevilla bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan padu dari luar kawasan penalti sekali gus menewaskan Szczęsny.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan dan anak buah Jose Luis Mendilibar hanya memerlukan enam minit sahaja apabila mencetak gol kemenangan menerusi jaringan pemain sayap, Erik Lamela.

Sevilla akan bertemu AS Roma pada 31 Mei ini dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Budapest, Hungary.

Ini merupakan final kedua kelab itu dalam tempoh empat tahun dan penampilan final kelima dalam tempoh 10 musim. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan