26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: Newcastle hampiri slot Liga Juara Juara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NEWCASTLE United hanya tinggal selangkah untuk mengesahkan slot ke Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menundukkan Brighton 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Kemenangan itu meletakkan mereka selesa empat mata di depan meninggalkan Liverpool di tangga kelima dalam saingan merebut kedudukan empat teratas.

Skuad bimbingan Eddie Howe di depan pada minit ke-22 apabila bola sepakan penjuru Kieran Trippier ditanduk ke gawang sendiri oleh penyerang Brighton, Deniz Undav melepasi kawalan Jason Steele.

Tuan rumah terus menggandakan jaringan sebelum rehat apabila Dan Burn menanduk masuk gol pertamanya musim ini hasil sepakan percuma Trippier.

Advertisements

Undav bagaimanapun menebus kekecewaan atas gol sendirinya pada babak pertama apabila merapatkan jurang 2-1 apabila menyudahkan hantaran Billy Gilmour pada minit ke-51.

Callum Wilson meledak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-89 sebelum Bruno Guimaraes melengkan kemenangan 4-1 pada masa kecederaan sekali gus mengesahkan tiga mata penuh mereka.

Newcastle boleh mengesahkan kedudukan mereka di UCL musim depan jika menang ke atas pasukan di zon penyingkiran, Leicester City awal pagi Selasa depan.

Brighton kekal di tangga keenam liga dengan 58 mata, satu mata di atas Tottenham Hotspurs dan Aston Villa dalam saingan ke kejohanan Eropah musim depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan