28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hantar telur omega yang diragui ke makmal – DVS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai yang meragui ketulenan telur omega yang terdapat di pasaran dinasihatkan menghantarnya ke makmal untuk mendapatkan pengesahan mengenai kandungan omega yang terdapat di dalamnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkata, jabatan itu sentiasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternakan ayam bagi memastikan pengeluaran telur mengikut piawaian yang ditetapkan.

Katanya, ini bagi memastikan rakyat mendapat bekalan telur yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

“Mana-mana telur yang diragui, boleh dihantar ke makmal yang telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 untuk menguji kandungan omega di dalam telur berkenaan.

“Selain itu, laporan/aduan kesangsian tentang ketulenan telur omega yang dibuat hendaklah disertakan dengan label telur serta maklumat ladang/pengeluar telur yang terbabit bagi memudahkan tugas-tugs penyiasatan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

DVS berkata demikian bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar bertajuk ‘Telur biasa ditukar label omega’ yang disiarkan pada 15 Mei lalu.

Dalam pada itu, DVS memaklumkan, telur adalah sejenis makanan dan tertakluk kepada Akta Makanan 1983 (Akta 281) di bawah kawalselia Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Walau yang demikian, jabatan ini akan bekerjasama dengan KKM untuk memastikan pengeluar mematuhi keperluan Akta Makanan yang berkaitan dengan telur omega,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan