26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 15, 2024

Hanya Satu: Karya Theta di Balai Seni Negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAMERAN Hanya Satu bakal membawakan Theta karya Bono Stellar yang akan dipamerkan di lobi Galeri Balai Seni Negara bermula 24 sehingga 24 Julai ini.

Balai Seni Negara menerusi kenyataan berkata, Theta menampilkan projeksi warna dan eksperimen untuk menciptakan ilusi mimpi yang didorong oleh gelombang Theta. 

“Pengunjung berpeluang untuk merasai ruang instalasi imersif yang dapat menimbulkan pengalaman unik ilusi yang dicipta menerusi garis dan bahan reflektif. 

“Ini mewujudkan pengalaman seperti mimpi yang nyata, sambil mencetus tanda soal, rasa ingin tahu serta renungan dalam kalangan penonton,” katanya hari ini.

Sementara itu, Stellar berkata, dengan pelbagai metodologi yang diamalkan sebelum ini dalam proses penyembuhan diri.

Advertisements

“Kini saya menggunakan gelombang Theta sebagai satu cara untuk melahirkan rasa syukur dan menabur niat di alam minda bawah sedar, membiarkannya tumbuh semasa saya tidur. 

“Saya mengamati minda semasa sedar dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang lebih baik dan melupuskan trauma masa lalu dan yakin kepada kehidupan yang lebih baik,” ujarnya.

Pameran dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga petang. 

Maklumat lanjut layari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk rancangan Felda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM31.7 juta bagi melaksanakan projek ekonomi tambahan...

Lagi Artikel Berkaitan