Tuesday, July 21, 2026

39 karya seramik kontemporari dipamerkan di Balai Seni Negara

Pameran tersebut menghimpunkan hasil karya yang lahir daripada Program Residensi SCCZ yang berlangsung dari 22 hingga 30 Oktober lalu.

Mesti Baca

BALAI Seni Negara menampilkan 39 karya seramik kontemporari sempenas pameran Spatial Creative – Ceramic Zone (SCCZ) yang sedang berlangsung sehingga 30 April tahun depan.

Pameran yang berlangsung di Aras 1, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur itu merangkumi seramik artistik, pottery, tableware dan arca kontemporari.

Menurut Balai Seni Negara, pameran tersebut menghimpunkan hasil karya yang lahir daripada Program Residensi SCCZ yang berlangsung dari 22 hingga 30 Oktober lalu.

Ia melibatkan 10 seniman visual tanah air iaitu Amy Nazira, Sabri Idrus, Saiful Razman, S. Amin Shahab, Bone Alfie, Shafiq Nordin, Amer01, Khairul Izzuddin, Kenji Chai dan Tan Kai Sheuan.

Balai Seni Negara berkata, program residensi berintensif itu menyediakan ruang kerja profesional lengkap dengan bimbingan artis serta pakar seramik berpengalaman. 


Sekitar Program Residensi Spatial Creative – Ceramic Zone (SCCZ) yang telah diadakan pada Oktober lalu.

“Residensi dilaksanakan di tiga studio utama — BK Art Studio di Kuala Kangsar, Ilham Ceramic Studio di Langkawi dan Sari Chempaka Art Village di Karak — melalui kerjasama strategik institusi tersebut dengan studio seramik tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menerusial pendekatan praktikal dan dialog kritikal, peserta residensi berpeluang mengembangkan kefahaman berkaitan hubungan antara bentuk, fungsi dan ruang dalam rekaan seramik, selain memperkukuh kemahiran teknikal. 

“Program itu turut membuka jaringan kolaborasi antara seniman pelbagai generasi serta komuniti seramik tempatan, sekali gus memperkaya ekosistem seni seramik negara,” katanya.

Balai Seni Negara berkata, pihaknya berharap inisiatif tersebut dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan seni seramik kontemporari di Malaysia dan mengangkatnya sebagai salah satu cabang penting dalam dunia seni visual.

Orang ramai turut dijemput mengunjungi Pameran Asal Tanah di Galeri 2B yang dibuka mulai hari ini hingga 30 April 2026 sebagai pameran sokongan kepada program residensi berkenaan. Pameran itu memaparkan kira-kira 83 karya daripada seniman jemputan serta Koleksi Balai Seni Negara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui media sosial rasmi Balai Seni Negara atau laman sesawang artgallery.gov.my. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan