30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Everton bakal dijual kepada 777 Partners

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

URUSAN penjualan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton akan dibuat seawal minggu depan sekali gus menamatkan era pemilikan jutawan, Ferhad Moshiri.

Menurut laporan Mail Sports, syarikat pelaburan, 777 Partners merupakan pembida terpilih dan mereka mahu urusan pemilikan diselesaikan secepat mungkin.

Situasi yang berlaku di Goodison Park sangat genting ketika ini apabila Everton bergelut di atas zon penyingkiran dan proses pembinaan stadium baharu yang sedang berjalan.

Pertukaran pemilik baharu diperlukan segera kerana bayaran ansuran seterusnya bagi pembidaan stadium berharga RM2.85 bilion di Bramley Dock perlu dijelaskan.

Advertisements

Syarikat MSP Sports Capital pula dilaporkan turut berminat membida namun merupakan pilihan kedua bagi mendapatkan The Toffess.

Pembida lain turut menyatakan hasart namun mereka kesuntukan masa untuk membuat bidaan.

Moshiri dan ahli lembaga pengarah tidak dapat hadir menyaksikan perlawanan di Goodison Park kerana layanan buruk yang diberikan penyokong kelab, biarpun dia mempunyai pegangang saham sebanyak 94 peratus.

Everton kini bergelut menyelamatkan diri daripada tersingkir daripada EPL dan perlu menang baki dua perlawanan menentang Wolves minggu ini dan Bournemouth pada aksi penutup. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan