31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Toney digantung 8 bulan daripada bola sepak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG Brenford dan England, Ivan Toney digantung daripada terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama lapan bulan kerana melanggar undang-undang pertaruhan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

FA menerusi kenyataan mendedahkan, Toney mengaku di atas 232 daripada 262 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dengan baki pertuduhan digugurkan badan itu.

Penggantungan ini menyaksikan Toney tidak dapat beraksi sehingga 16 Januari tahun depan susulan kesalahan pertaruhan yang dilakukannya antara Februari 2017 hingga Januari 2021.

Lebih memburukkan keadaan, Toney juga tidak dibenarkan menjalani latihan bersama Brenford sehingga September, membuatkannya tiada pilihan lain selain menjalani latihan bersendirian.

Penggantungan serta-merta itu dilihat bakal memberi impak kepada Brenford yang kini memburu slot ke kejohanan Eropah jika menang baki dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad bimbingan Thomas Frank itu akan menentang Tottenham Hotspurs Sabtu ini dan Manchester City pada aksi terakhir.

Brenford kini ketinggalan empat mata di belakang Aston Villa bagi perubatan slot ke kejohanan Liga Konferensi Europa musim depan.

Untuk rekod, penggantungan paling lama pemain bola sepak adalah dikenakan kepada pemain Manchester United, Enoch West selama 30 tahun kerana pengaturan perlawanan diikuti Joey Barton (18 bulan) pada 2017. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan