36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

City ke Istanbul selepas belasah Real Madrid 4-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City mara ke final Liga Juara Juara Eropah (UCL) selepas membelasah Real Madrid 4-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Kemenangan 5-1 secara agregat itu menyaksikan City mara ke final buat kali kedua dalam sejarah kelab selepas melakukannya pada musim 2020-21.

Bernardo Silva muncul wira skuad The Citizen apabila meledak dua gol sementara gol sendiri Eder Militao dan Julian Alvarez melengkapkan kemenangan bergaya City ke atas penyandang juara itu.

Terikat 1-1 dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu minggu lalu, City yang turun dengan misi memburu tiket ke final mendahului pada minit ke-23 menerusi Silva.

Gerakan yang dimulakan dari bawah yang dimulakan Kyle Walker dan John Stones sampai ke kaki Kevin De Bruyne sebelum kapten City itu melorongkan bola kepada Silva untuk disudahkan dan meletakkan tuan rumah 2-1 di depan secara agregat.

Silva terus melebarkan kedudukan buat tuan rumah apabila menanduk masuk gol kedua peribadinya pada minit ke-37 susulan daripada percubaan Ilkay Gundogan yang dihalang Militao.

Anak buah Pep Guardiola menambah gol ketiga apabila sepakan percuma De Bruyne  terkena Milatao sebelum menerjah gawang pada minit ke-76.

Penyerang gantian, Alvarez melengkapkan kemenangan besar City pada masa kecederaan selepas menyudahkan hantaran Phil Poden untuk menjadikan kedudukan 4-0.

City akan menentang Inter Milan di final yang akan diadakan di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada 11 Jun ini bagi penentuan juara. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan