27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kematian Khader Adnan bukti Israel tidak berperikemanusiaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEENGGANAN rejim Israel menyediakan kemudahan perubatan sehingga menyebabkan kematian aktivis Palestin, Khader Adnan disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tindakan rejim Israel itu juga amat tidak bertanggungjawab.

Katanya, Khader Adnan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel selepas menghabiskan 86 hari mogok lapar sebagai protes dan membantah layanan kejam rejim itu serta penahanan sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh dukacita merakamkan ucapan takziah ke atas Allahyarham Sheikh Khader Adnan, aktivis Palestin yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel.

“Semua pihak diseru untuk menyatakan solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang masih dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan semata-mata kerana perjuangan mereka yang menuntut kemerdekaan Palestin,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Mohd Na’im berkata, semua pihak perlu mengutuk tindakan rejim Israel sebagai isyarat jelas masyarakat dunia yang menolak sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan.

Beliau berkata, adalah amat menyedihkan tahanan Palestin dipenjara termasuk golongan wanita dan kanak-kanak yang terus ditindas oleh rejim Israel.

“Kezaliman serta penyeksaan yang diperlakukan kepada tahanan Palestin adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia,”katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Khader Adnan meninggal dunia ketika dalam tahanan di penjara Israel, kelmarin.

Pemergian beliau pada usia 45 tahun diumumkan sehari selepas sebuah mahkamah di Israel enggan membebaskan tahanan Palestin tersebut walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan