30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Roma sedia jual Abraham

Manchester United, Tottenham Hotspurs dan PSG berminat dapatkan Abraham

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AS Roma sedia mempertimbangkan sebarang tawaran terhadap penyerang, Tammy Abraham biarpun baharu dua musim menyertai kelab berpangkalan di Rom itu, lapor media Itali.

Penyerang berbangsa Inggeris tersebut menyerlah pada musim pertamanya di ibu kota Itali itu selepas mencetak 27 gol dalam 53 penampilan pada 2021-22.

Bagaimanapun, segalanya tampak kurang menjadi buat Abraham pada musim keduanya di Stadium Olimpico apabila sekadar menjaringkan sembilan gol musim ini sekali gus membuatkan Roma bersedia melepaskannya.

Pengurus, Jose Mourinho dilaporkan sedia mempertimbangkan tawaran sekitar RM221 juta berbanding harga yang dibeli dari Chelsea pada nilai RM196 juta.

Sementara itu, Abraham mengakui prestasinya agak merosot musim ini dan berpunca daripada masalah keyakinan.

“Saya tahu ini bukan diri saya yang sebenar. Saya tahu saya tidak beraksi sebaik yang boleh tetapi akhirnya saya tetap manusia.

“Keyakinan saya berada di tahap terendah. Saya perlu tunjukkan kepada penyokong siapa saya yang sebenarnya dan mahu berjuang demi pasukan serta melakukan yang terbaik,” katanya seperti dipetik dari Daily Mail.

Gol terakhir dijaringkan Abraham adalah pada akhir April lalu ketika Roma seri dengan AC Milan dan media Itali, Calciomercato melaporkan beberapa kelab mengintai untuk mendapatkannya.

Pemerhati daripada Manchester United, Tottenham Hotspurs dan Paris Saint-Germain (PSG) dilapor telah hadir menyaksikan kelibat Abraham.

United kini mencari penyerang bagi mengurangkan beban yang digalas Marcus Rashford dan kini mengintai peluang mendapatkan sama ada Abraham atau bintang Napoli, Victor Oshimhen.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan Oshimhen agak sukar kerana bakal melibatkan jumlah yuran perpindahan yang besar berbanding Abraham. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan