25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN: DAP larang ahli, pemimpin buat kenyataan terbuka

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng mengingatkan pemimpin dan ahli parti itu untuk mengelak daripada membuat kenyataan terbuka berhubung jawatan dan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Oleh itu, beliau berkata mereka yang enggan  mengabaikan amaran itu bakal dikenakan tindakan.

“Pemimpin dan ahli DAP, terutamanya wakil rakyat, harus mengelak daripada membuat sebarang ulasan awam berkaitan jawatan dan pencalonan pada pilihan raya negeri akan datang. 

“Bagi mereka yang enggan mendengar, abaikan mereka dan parti akan bertindak sewajarnya pada masa yang sesuai,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Ujar Guan Eng lagi, beliau meminta ahli dan pemimpin parti untuk menyerahkan semua kenyataan berhubung PRN kepada pucuk pimpinan negara, khususnya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Kata Guan Eng, keputusan itu dibuat bagi menyekat lawan politik daripada memanipulasi sebarang kenyataan menjelang PRN akan datang.

“Parti membuat keputusan muktamad mengenai jawatan dan calon pilihan raya. 

Advertisements

“Oleh itu, serahkan semua kenyataan umum kepada pucuk pimpinan negara, khususnya kepada Setiausaha Agung DAP saudara Anthony Loke Siew Fook. 

“Ini akan menyekat lawan politik kita daripada memanipulasi sebarang kenyataan menjelang pilihan raya negeri,” jelasnya.

Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan memaklumkam, arahan itu dikeluarkan susulan laporan sebuah portal berita dalam talian menyiarkan mengenai kepimpinan DAP Pulau Pinang yang disifatkan sebagai tidak berasas.

“Laporan tidak bertanggungjawab sedemikian adalah peringatan yang baik tentang betapa luas dan menyeluruh lawan DAP dari dalam dan luar, berniat untuk mencetuskan perpecahan, mengganggu dan juga mensabotaj peluang kemenangan kita dalam pilihan raya negeri akan datang,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan kononnya terdapat desakan dari dalam parti DAP untuk menyekat Chow Kon Yeow daripada kembali menjadi Ketua Menteri selepas PRN akan datang.

Kata laporan itu, Guan Eng bakal kembali menerajui kerajaan negeri selepas mendakwa Kon Yeow dilihat tidak berkesan sebagai Ketua Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan