28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

‘Hebat politik bengkarung Hadi’, sindir Shahrir pada PAS

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemimpin UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyindir dakwaan yang dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti PAS mempunyai banyak titik persefahaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir walaupun mempunyai perselisihan dalam banyak perkara dengan parti itu sebelum ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu mengulas pertemuan Presiden Pas bersama pimpinan pusatnya dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut Hadi, titik persefahaman dengan Dr.Mahathir itu wajib diambilkira untuk menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

Ujar Shahrir, beliau tidak terkejut dengan pertemuan itu kerana Abdul Hadi telah menunjukkan minat kepada Dr. Mahathir sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac 2019 lalu.

“Semenjak PRK Semenyih,  Hadi berminat dengan Tun Mahathir. Pertemuan mereka pada 15 Feb 2019 lepas. Sekarang bertemu kembali dalam Proklamasi Orang Melayu.

“Sebelum PRK Tg Piai pada 16 Nov 2019, diadakan Kongres Melayu. Tun Mahathir juga. Sekarang disusuli dengan Proklamasi pula. Tun Mahathir lagi.

Advertisements

“Hebat, politik bengkarung (‘chameleon’) Hadi Awang dan PAS,” katanya dalam catatan di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, Shahrir turut membangkitkan parti UMNO sudah lama membawa perjuangan bangsa dan agama Islam dalam partinya namun dikatakan assabiyah oleh PAS.

Shahrir juga memeklumkam UMNO terlebih dahulu meletakkan nasionalisme sebagai teras politik namun dituduh bertentangan dengan Islam oleh Presiden PAS itu.

“Dulu, perjuangan bangsa yang dibawa oleh UMNO dikatakan ‘assabiyah’.

“Dulu, nasionalisme teras politik UMNO dikatakan oleh TS Hj Hadi bertentangan dengan Islam.

“Sekarang, kata Hadi, ia menjadi tonggak kepada Islam. Lama dah UMNO perkatakan bahawa kuat bangsa Melayu, kuatlah Islam,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan