27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Gol lewat Mac Allister bantu Brighton tundukkan United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ALEXIS Mac Allister menyempunakan sepakan penalti pada minit kesembilan masa kecederaan bagi membantu Brighton Albion menewaskan Manchester United, 1-0 di Stadium Amex awal pagi tadi.

Turun dengan misi tiga mata penuh, United memperoleh peluang seawal minit kedua menerusi percubaan pemain sayap, Anthony namun sepakannya sedikit tersasar.

Dua minit berselang menyaksikan Kaoru Mitoma hampir menghukum kesilapan hantaran Victor Lindelof namun percubaan pemain dari Jepun itu terkena kepala penjaga gol, David De Gea.

Mitoma sekali lagi mengucar-kacirkan pertahanan Red Devils apabila melakukan gelecekan menarik di dalam kawasan penalti tetapi sepakannya sedikit tersasar pada minit ke-13.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag cuba bangkit selepas itu dan pada minit ke-20 menyaksikan percubaan Anthony sekadar singgah di tepi gawang.

Marcus Rashford turut terlepas peluang meletakkan United di depan apabila berjaya memperdaya pertahanan Brighton sebelum melepaskan percubaan ke arah gol namun dinafikan penjaga gol, Jason Steele.

Advertisements

Steele sekali lagi menjadi penghalang United apabila menyelamatkan sepakan Rashford pada minit ke-38 untuk memastikan kedudukan kekal tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

United terus mencipta beberapa peluang di babak kedua menerusi percubaan Bruno Fernandes dan Casemiro namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Sementara itu, De Gea muncul penyelamat apabila menepis keluar percubaan dari luar kawasan penalti Mac Allister pada minit ke-90.

Namun, ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Brighton dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederan apabila bola gerakan sepakan penjuru terkena tangan Luke Shaw.

Mac Allister yang ditugaskan mengambil sepakan tidak bermasalah menewaskan De Gea sekali gus meletakkan The Seagull di landasan terbaik untuk beraksi di kejohanan Eropah musim depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan