26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Maguire diturunkan kerana yuran perpindahan yang tinggi – Rojo

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MARCOS Rojo mendakwa bekas pengurusnya di Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa menurunkan Harry Maguire hanya disebabkan yuran perpindahannya yang tinggi sekitar RM444.6 juta.

Pertahanan dari Argentina itu kehilangan tempat dalam kesebelasan utama United pada musim 2019-20 berkata, Solskjaer memberitahu perkara berkenaan pertengkarannya dengan pengurus itu.

“Pada 2019, saya berada di prestasi terbaik di England. Saya beraksi di Liga Europa dan sangat marah apabila pengurus memilih Maguire berbanding saya.

“Syukur apabila Tuhan menarik dia keluar (duduk di bangku simpanan) dan memberi Licha (Lisandro) Martinez bermain,” katanya seperti dipetik dari Mail Online.

Advertisements

Mengulas lanjut, Rojo berkata, pada tahun berkenaan, dia pergi ke pejabat Solskjaer dan memberitahu pengurus itu membuat pilihan sama ada menurunkannya dalam kesebelasan utama atau melepaskan dia pergi.

“Tetapi Solskjaer memberitahu saya yang Maguire perlu bermain kerana kelab membayar harga yang begitu tinggi untuk mendapatkannya.

“Dia membuat kesilapan besar setiap minggu dan akhirnya saya memaki Solskjaer meminta dia menurunkan saya,” katanya.

Maguire menjadi pertahanan termahal dunia selepas melengkapkan perpindahan dari Leicester City pada musim panas 2019. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan