26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Henti aktiviti luar kelas jika cuaca terlalu panas – KPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di bawahnya menangguh atau menghentikan aktiviti di luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

Menerusi kenyataan KPM berkata, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM diingatkan agar melaksanakan langkah-langkah pencegahan.

Katanya, semua institusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.

“Bagi kawasan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.

“Murid digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan. Murid asrama pula perlu dibekalkan air minuman sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

“Semua institusi pelu sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas,” katanya hari ini.

Advertisements

Cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan IPU pada paras tidak sihat.

Sementara itu, semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. 

Katanya, institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.

“Semua insitusi juga perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid/pelajar dan warga institusi pendidikan.

“KPM mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan