29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Op Pagar Laut: 12 kes berprofil tinggi bernilai RM13 juta tumpas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi dalam Op Pagar Laut 2023 dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM13 juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 42 tangkapan dibuat dalam operasi yang dijalankan di perairan negara bermula 9 hingga 25 April lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, tiga kes tangkapan melibatkan cubaan menyeludup masuk rokok, cubaan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) (2 kes), cubaan mencuri (1 kes), cubaan rompakan berkumpulan (1 kes), pencerobohan bot nelayan asing (3 kes) dan kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak (2 kes).

“Daripada 12 kes berprofil tinggi seperti dinyatakan, Maritim Malaysia Johor berjaya menumpaskan kes rompakan bersenjata melibatkan empat orang warganegara tempatan di Pelantar Aurora Producer 1 di Tanjung Langsat, Johor pada 24 April lalu. 

“Kesemua orang kena tuduh (OKT) disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan kerja dan penyampaian bingkisan raya kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau, Pulau Pinang hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd. Amin.

Saifuddin berkata, kejayaan Op Pagar Laut adalah usaha berterusan Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan.

“Melalui tindakan berterusan ini diharap dapat mengurangkan sekali gus menghentikan aktiviti jenayah seperti penyeludupan PATI, barangan kontraband, pencerobohan bot nelayan asing dan banyak lagi.

“Sungguhpun Op Pagar Laut akan berakhir pada 30 April nanti, Maritim Malaysia akan meneruskan kawalan dan rondaan di perairan negara dengan beberapa operasi lain di seluruh negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan