Tuesday, July 21, 2026

Rumah Terbuka Malaysia Madani sasar 170,000 pengunjung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama Perdana Menteri mensasarkan kehadiran sebanyak 170,000 pengunjung di enam negeri penganjurannya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi kenyataan berkata, penganjuran oleh Kerajaan Persekutuan hanya melibatkan tiga negeri sahaja termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, selebihnya di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pula dianjurkan kerajaan negeri masing-masing.

“Penganjuran di tiga negeri anjuran Kerajaan Persekutuan mensasarkan jumlah keseluruhan pengunjung sekitar 55,000 pengunjung.

“Hanya Kedah berstatus nasional iaitu 25,000 pengunjung manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing mensasarkan 15,000 orang pengunjung. Jumlah penganjuran di Seri Perdana sebelum ini boleh mencecah sehingga 100,000 pengunjung,” katanya hari ini.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 bertujuan memberi peluang kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menyantuni rakyat yang sebelum ini tidak pernah berpeluang meraikan Aidilfitri bersama pemimpin negara kerana kesukaran berkunjung ke Seri Perdana.

Jadual Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri 2023.

Dalam pada itu, JPM berkata, kaedah penganjuran bersama ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Penganjuran ini membolehkan perbelanjaan dilakukan secara berkesan melalui penganjuran secara bersasar, perkongsian sumber, tenaga kerja dan kemahiran melalui kerjasama strategik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bermula di Kedah bertempat di Hotel Raia esok bermula pukul 10 pagi sehingga 2 petang,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan