29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis kesan pemandu Navara biar budak paut luar pintu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang memandu secara cuai dengan membiarkan kanak-kanak memaut pada pintu kenderaan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular berdurasi 12 saat yang dimuat naik memaparkan kejadian berkenaan.

Menurut beliau, video itu memaparkan pemandu memaut seorang kanak-kanak menggunakan tangan kanan di sebelah pintu pemandu ketika kenderaan sedang bergerak.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Taman Industri Bolton, Batu Caves,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ujar Ariffin, polis juga sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang memuat naik video tular itu dan pemilik kenderaan terbabit bagi membantu siasatan.

Advertisements

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil atau menghubungi pegawai penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 12 saat memaparkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Navara berwarna putih memandu sambil membiarkan kanak-kanak memaut di luar pintu kenderaan itu. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan