25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Amanah rayu permohonan pengampunan Najib ditolak

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9


PARTI Amanah merayu kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan serta dibebaskan dari penjara.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd Samad berkata, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.

“Dengan penuh hormat dan takzim, kami dari Parti Amanah Negara ingin merayu kepada YDPA dan Lembaga Pengampunan supaya permohonan pengampunan ini ditolak dan Datuk Seri Najib terus dipenjarakan atas sebab kesalahan yang jelas telah beliau lakukan.

“Hanya dengan itu akan rakyat yakin bahawa kerajaan perpaduan dan Institusi Raja-raja Melayu, bersama YDPA, ingin menyelamatkan negara kita dari pandemik rasuah dan salah guna kuasa yang melandanya sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, sebarang keputusan yang melibatkan Najib pastinya akan menarik perhatian bukan sahaja di  Malaysia, malah di negara luar serta menetapkan batu tanda yang penting dalam sejarah negara. 

Advertisements

“Ianya akan memberi pertanda sejauh mana perjuangan menentang rasuah dan salah guna kuasa diambil serius atau sekadar cogan kata politik dan pilihan raya sahaja,” ujarnya.

Lembaga Pengampunan akan bersidang hari ini bagi menentukan sama ada akan memberikan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri itu atau sebaliknya. 

Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Keputusan ini mengekalkan Najib di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Najib sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja pada 2 September lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan