32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sultan Kedah berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Madani

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk berangkat bercemar duli ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani yang akan berlangsung di negeri itu esok.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, majlis anjuran Kerajaan Persekutuan itu akan diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah.

“Kerajaan Persekutuan menjunjung kash atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah berangkat bercemar duli ke majlis tersebut.

Advertisements

“Keberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri

Malaysia Madani, sekaligus member peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Tuanku,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rumah Terbuka Malaysia Madani bermula di Kedah esok, diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan akan berlangsung di Selangor pada 14 Mei. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan