24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dividen Tabung Haji 2022 diumum kekal 3.1 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus yang bakal dimanfaatkan kira-kira 8.7 juta pendepositnya.

Pengumuman dividen berkenaan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan turut dihadiri Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar di Kuala Lumpur, hari ini.

Para pendeposit boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April ini menerusi platform THIJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 itu kekal seperti kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Agihan keuntungan bagi tahun 2022 berjumlah RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion pada 2021.

Advertisements

Pengiraan Agihan Keuntungan tahunan 2022 adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

Agihan Keuntungan 2022 adalah setelah TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula pukul 8 malam hari ini sehingga pukul 12 tengah hari esok bagi melancarkan urusan pengkreditan agihan keuntungan. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan