27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

LHDN bantu kenal pasti penerima subsidi haji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyemak pendapatan bakal jemaah haji mengikut kategori masing-masing bagi tujuan pemberian subsidi haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar  berkata, ini bagi memastikan bantuan kewangan dapat dirasai sepenuhnya golongan memerlukan.

“Kita bekerjasama dengan pihak kerajaan LHDN dan agensi lain untuk memastikan kumpulan sasar dikenalpasti itu benar-benar memenuhi kriteria mengikut kategori mereka B40, M40 dan T20,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Negara hari ini.

TH meneruskan subsidi haji bersasar pada tahun ini dengan memperkenalkan tiga kategori jemaah iaitu kumpulan B40, M40 dan T20.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan Kerajaan sedia mengkaji cadangan mewujudkan tabung wakaf haji dalam usaha mengurangkan tekanan kewangan TH seterusnya membantu subsidi haji untuk golongan yang memerlukan.

Advertisements

Menurutnya, beliau yakin TH akan mengambil kira sebarang inisiatif yang akan membantu kelangsungan subsidi bakal jemaah-jemaah haji.

“Inysa Allah saya rasa TH akan mengambil kira cadangan tersebut (mewujudkan tabung wakaf haji) dan saya rasa ini sebahagian inisiatif yang akan diambil oeh TH pada masa depan.

“Kita akan niai dan buat kajian tentang cadangan ini, Insya-ALLAH bila sampai masanya kita akan laksanakan dengan baik,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan