28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Hanya 967 mangsa di Batu Pahat ditempatkan di PPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di Johor terutamanya di daerah Batu Pahat semakin pulih dengan hanya sejumah 967 mangsa daripada 269 keluarga di tempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat jam 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jumlah itu sedikit menurun berbanding 1,086 orang (299 keluarga) pada jam 8 malam tadi.

Menurutnya, dua PPS ditutup membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok Parit Yaani (sembilan orang) dan Dewan Orang Ramai Seri Medan (80 orang).

“Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat di seluruh negeri Johor.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan semua lembangan sungai berada di bawah paras normal,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Azmi berkata, semua jalan di Batu Pahat yang ditutup kepada kenderaan berat sebelum ini telah dibuka kepada semua kenderaan.

Katanya, dari segi proses pembersihan pasca banjir telah mula dilaksana di semua daerah terjejas banjir membabitkan 11,296 petugas membabitkan kakitangan kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti seluruh negara.

“Kesemua petugas ditempatkan di 487 lokasi pembersihan.

“Ia membabitkan paling ramai petugas di Batu Pahat iaitu 5,269 di 149 lokasi, Segamat (2,647:164), Kota Tinggi (815:19), Mersing (676:59), Kluang (642:35), Muar (616:43), Tangkak (285:13), Johor Bahru (280:2) dan Pontian (66:3),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan