25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rakyat Johor diingat tidak terlibat kegiatan ekstremis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Johor diingatkan agar menolak segala fahaman dan perbuatan berbentuk ekstremis yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, konsep Bangsa Johor adalah bertujuan menyatukan semua rakyat Johor terdiri daripada pelbagai kaum seperti yang sekian lama diamalkan, di negeri ini.

“Sejak dahulu lagi, saya sentiasa menitikberatkan dan mengingatkan semua bahawa persefahaman dan saling hormat-menghormati antara kaum menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

“Saya memberi amaran jangan ada cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor ini,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda, hari ini.

Advertisements

Titah baginda lagi, Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu-padu bukan sahaja menjadikan masyarakatnya lebih baik, malah membawa kemakmuran kepada negeri ini.

“Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia adalah satu penyakit merbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara,” titahnya.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor dalam Belanjawan 2023.

“Alhamdulillah atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuhkan demi kemakmuran negeri serta rakyatnya,” titah Baginda lagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan