32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Cukai Yayasan Albukhary: MoF buat laporan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Kementerian itu berkata, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut.

“Seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Selasa lalu, Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa Yayasan Albukhary telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal.

“Kementerian Kewangan sama ada melalui Lim Guan Eng atau pegawai-pegawainya tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada yayasan itu,”kata kementerian itu menerusi kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan dengan mendakwa, Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary yang telah diluluskan selepas gabungan kerajaan PH ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Baca juga:   Pelepasan bakal jemaah haji kumpulan pertama lancar

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan kenyataan berhubung tuduhan salah guna kuasa kerana memberikan semula pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan itu oleh kerajaan BN.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan bagaimanapun, menafikan tuduhan tersebut sebelum membuat laporan polis pada Khamis. – Edisi 9

Baca juga:   PRN: DAP larang ahli, pemimpin buat kenyataan terbuka

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan