26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Peluang pamer imej UMNO lebih progresif – Azalina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan UMNO baharu, Datuk Seri Dr Azalina Othman Said menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab besar dan peluang untuk bersama-sama jentera penerangan parti dalam mempamerkan imej UMNO yang lebih progresif.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang berkata demikian dalam kenyataan selepas menerima pelantikan Ketua Penerangan UMNO yang diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

“Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada saya sebagai Ketua Penerangan Malaysia.

“Saya sifatkan pelantikan ini sebagai satu cabaran dan tanggungjawab yang besar buat saya, namun saya sedia memikul amanah ini dengan sebaik mungkin,”katanya.

Ujarnya, sebagai parti dalam kerajaan Perpaduan hari ini, UMNO perlu bersedia dalam pelbagai aspek, justeru jentera penerangan memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat serta dasar-dasar parti ke peringkat akar umbi.

Advertisements

“Saya berharap dengan pengalaman di dalam Kerajaan dan parti yang ada saya boleh membantu UMNO untuk terus bergerak dalam satu pasukan yang kuat dalam usaha memberi khidmat terbaik kepada parti,”katanya lagi.

Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang media di Menara Dato’ Onn selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO 2023-2026 yang pertama, telah mengumumkan barisan kepimpinan baharu termasuk pelantikan bagi jawatan-jawatan penting.

Azalina diumumkan sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil.

Pada sidang media itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baharu, menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Manakala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Bendahari UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agrobank tawar RM300 juta perkasa perniagaan berasaskan digital

AGROBANK menawarkan pembiayaan berjumlah RM300 juta kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) melalui Program Digital Niaga dengan kerjasama...

Lagi Artikel Berkaitan