27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Maritim Malaysia lupus musnah bot nelayan Vietnam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu melupuskan dua buah bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak, dalam operasi yang dilakukan semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, kaedah secara hancur musnah itu dilaksanakan ke atas bot yang bawah 70 GRT (gross register tonnage).

“Pelupusan kali ini adalah merupakan siri yang pertama pada tahun 2023 dan tindakan pelupusan diambil ke atas bot nelayan asing warga Vietnam yang menceroboh perairan negara di bawah kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, bot yang dihancur musnah kali ini telah ditahan bersama 12 kru termasuk tekong pada tahun lalu pada sekitar kedudukan 70 dan 113 batu nautika dari Kuala Terengganu kerana didapati menceroboh perairan dan mencandat sotong tanpa kebenaran.

Ujarnya, Maritim Malaysia Negeri Terengganu sentiasa tegas dalam melaksanakan undang-undang di perairan negeri Terengganu, khususnya demi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan negara terpelihara.

“Maritim Malaysia turut memohon kerjasama daripada masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan yang melanggar undang-undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara di talian MERS 999,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan