Tuesday, July 21, 2026

Anjuran sukan tidak perlu lagi kelulusan pesuruhjaya

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEMUA pertandingan acara sukan tempatan yang dianjurkan oleh badan sukan melalui persatuan di pelbagai peringkat tidak memerlukan kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan bermula daripada 10 April depan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pemansuhan itu dibuat bagi mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan tahap ekosistem sukan dengan mempromosikan amalan budaya sukan di kalangan rakyat.

“KBS mengambil langkah untuk mempermudahkan proses penganjuran sukan setelah saya menjalani sesi TownHall (dialog awam) bersama pemain industri sukan melalui maklum balas mereka.

“Pemansuhan ini dibuat selaras dengan konsep Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri iaitu penyelesaian masalah.

“Lagi kurang birokrasi, lebih banyak aktiviti sukan dapat dirancakkan. Ini akan memudahkan proses pembangunan sukan negara,” katanya dalam sidang media di Kementerian Belia Dan Sukan, di Putrajaya hari ini.

Jelas Hannah, setiap penganjur tertakluk untuk mendapatkan perlindungan insurans bagi menjamin tahap keselamatan peserta di setiap pertandingan yang dianjurkan. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan