32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Pelan tindakan warga emas negara dikaji semula – Nancy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAN tindakan warga emas negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan itu susulan jangkaan Malaysia akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju serta pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

“Selaras keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan PTWEN adalah komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif serta menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Baca juga:   Jangan kaitkan SPRM sebagai senjata politik

Hoe Chai ingin tahu mengenai tindakan dan pendekatan kerajaan bagi menghadapi jangkaan Malaysia yang akan mencapai negara tua.

Selain itu, Nancy berkata, kementerian juga sedang menjalankan kajian untuk mewujudkan akta khusus bagi warga emas di Malaysia dengan kajian dilaksanakan perunding dari Universiti Malaya (UM).

“Kita juga sudah mendrafkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas bertujuan menjaga kesejahteraan warga emas. Jadi, pasukan projek khas sudah ditubuhkan bagi meneliti lanjut kesesuaian RUU yang dibuat itu,”katanya. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan