32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Polis terima laporan pemandu treler dipukul orang awam

Ini susulan kejadian kemalangan yang membabitkan kenderaan itu dengan sebuah motosikal sehingga menyebabkan seorang murid perempuan maut digilis di Kampung Telok Gong.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pemandu treler yang dipukul oleh orang awam susulan kejadian kemalangan yang berlaku sehingga menyebabkan seorang murid perempuan maut digilis di Kampung Telok Gong, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pemandu berusia 36 tahun itu, mengalami kecederaan di pipi kanan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) sebagai pesakit luar.

“Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti pelaku terbabit,” katanya di sini.

Hoong Fong berkata, punca kejadian kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi wanita berusia 54 tahun dan dua kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui permukaan berpasir.

Baca juga:   93 laporan polis dibuat NUBE terhadap CEO HSBC

Beliau berkata, penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan digilis oleh roda tayar belakang treler, meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yunus Abd Rahim di talian 011-25300305 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan melalui talian 0333722222 bagi membantu siasatan,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   2 rakan dipenjara ingkar PKP, ceroboh kedai

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan