Wednesday, June 17, 2026

Arsenal belum sedia kibar bendera putih – Ramsdale 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AARON Ramsdale menegaskan Arsenal akan terus berjuang dalam memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun tewas 4-1 kepada Manchester City.

SKUAD Gunners gagal mengekalkan momentum kelebihan mereka di carta kedudukan pertama liga dalam memburu gelaran sekaligus memberi ruang kepadaCity  membenarkan skuad Pep Guardiola kini dua mata di belakang mereka dengan kelebihan dua perlawanan.

Kemenangan City mencerahkan peluang untuk mempertahankan kejuaraan selain merangkul gelaran kelima dalam enam musim jika mereka menang enam daripada baki tujuh perlawanan.

April terbukti bulan memeritkan buat Arsenal, apabila melalui tiga aksi seri berturut-turut ketika menentang Liverpool, West Ham dan Southampton.  

Kekalahan di Stadium Etihad merupakan pertama setelah 10 perlawanan buat skuad kendalian Mikel Arteta.

Namun penjaga gol Arsenal, Ramsdale belum sedia menyerah kalah dalam menamatkan kemarau memenangi liga EPL sejak 2004.

“Kami akan kecewa sekarang tapi kami masih belum bermain sembilan bulan bola sepak EPL, dan bermain dengan cara yang kami mahukan, untuk berputus asa berbaki lima perlawanan.

“Jika apa sahaja akan berlaku dalam bola sepak, ia akan berlaku dalam liga ini. Ia mungkin tidak terjadi tetapi perkara pelik pernah terjadi dalam EPL,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan