31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kedah benam Penang FC

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan momentum kemenangan di laman sendiri walaupun terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemain di babak kedua setelah berjaya menewaskan Skuad Harimau Kumbang 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, pada malam tadi.

Kejayaan Sang Kenari capai misi melunaskan ‘dendam’ kekalahannya kepada Penang FC selepas tewas kepada skuad berkenaan pada saingan Piala FA pada 8 Mac lalu.

Gawang tuan rumah diujii seawal minit kedua oleh pelawat melalui sepakan percuma yang diambil pemain import Penang FC Hassan Saad namun percubaannya melepasi palang gol.

Pasukan tuan rumah bangkit membalas serangan ke kubu Harimau Kumbang melalui percubaan Al-Hafiz Harun yang berjaya membolosi gawang namun kedudukannya terlebih dahulu dikesan ofsaid oleh pengadil perlawanan.

Advertisements

Bermula babak kedua, tuan rumah kembali menggandakan asakan memburu gol pertama dalam perlawanan ke kubu Penang FC.

Sang Kenari dikejutkan dengan kehilangan pemain pertahanan Wan Amirul Afiq pada minit ke-53 yang menerima kad merah akibat kad kuning kedua.

Beraksi tanps seorang pemain tidak melunturkan semangat tuan rumah yang terus memburu gol dan akhirnya Kedah berjaya memecah kebuntuan gol hasil jaringan penyerangnya Willian Lira yang mendapat peluang terbaik di hadapan gawang Penang FC pada minit ke-64. 

Kemenangan ini membawa Sang Kenari ke tangga kedua dalam Liga Super setakat ini dengan 16 mata.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan