26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KL City akhiri kemarau kemenangan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KUALA Lumpur (KL) City akhirnya mencatat kemenangan pertama selepas enam perlawanan musim ini setelah berjaya menewaskan Sabah 2-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Skuad City Boys bermula garang apabila berjaya berada di depan menerusi sepakan lambung T Saravanan pada minit ke-15 selepas menerima hantaran jauh Sebastian Avanzini.

Anak buah Bojan Hodak terus berusaha memburu tambahan gol dengan mencipta beberapa peluang terbaik namun gagal disudahkan dengan dua percubaan Kipre Tchetche yang tidak menerjah jaring.

Sabah cuba bangkit di babak kedua dan hampir berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-49 tetapi rembatan jarak dekat Rawilson Batuil sedikit tersasar di sebelah kanan.

Advertisements

Sean Giannelli memastikan kemenangan sulung KL City apabila meledak gol kedua dengan menyudahkan hantaran Herlison Caion pada masa kecederaan.

Keputusan itu menyaksikan KL City mendaki ke tangga kesembilan dengan mengumpul enam mata.

Sabah yang mengalami kekalahan kedua musim ini pula jatuh ke tangga kelima, berkongsi 13 mata bersama Sri Pahang di kedudukan keempat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan