28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KKM perhalusi isu penyerapan 12,800 doktor kontrak

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan memperhalusi isu-isu berkaitan pegawai perubatan kontrak bagi melaksanakan langkah pelantikan secara tetap sepertimana diumumkan Perdana Menteri, semalam.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ini termasuk maklum balas yang dikumpulkan semasa sesi ‘townhall’ pada 22 Februari lalu.

“Perkara ini akan dibentang di hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang telah ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan kerajaan untuk menyerap seramai 12,800 doktor kontrak yang tamat housemanship sebagai lantikan tetap dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, langkah itu bermula dengan menyerap hampir 4,300 pegawai kontrak sebagai lantikan tetap tahun ini.

Manakala baki pegawai kontrak disasarkan untuk diserap menjelang 2025 itu dianggarkan melibatkan peruntukan tambahan sekitar RM1.7 bilion.

Advertisements

“Setakat ini, jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan kontrak ialah 20,330,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat.

Dr Zalihan berkata, KKM komited dan akan menyusul perkara tersebut agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diurus dengan teratur dan berkesan dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata, dengan langkah mewujudkan perjawatan tersebut, sasaran pelantikan secara tetap adalah meliputi pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMA) serta memenuhi syarat pelantikan.

Dr Zaliha berkata, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen kementerian setiap tahun.

“KKM berharap langkah penambahbaikan ini terus menjadi pemangkin bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan ke arah mewujudkan masyarakat sihat sejahtera,” katanya.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan kontrak di seluruh negara ialah seramai 20,330 orang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan