29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Peniaga bertuah Agong, Raja Permaisuri lawat bazar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENIAGA dan pengunjung di Bazar Ramadan Peringgit, Melaka, bertuah apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke lokasi tersebut petang tadi.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan ketibaan Seri Paduka kira-kira pukul 4.45 petang disambut Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam bersama isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Turut serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari.

Seri Paduka meluangkan masa hampir satu jam membeli juadah berbuka puasa serta turut beramah mesra dengan hampir 1,000 rakyat jelata sambil berswafoto.

Advertisements

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tidak melepaskan peluang membeli pelbagai juadah antaranya satar, otak-otak, lauk-pauk dan kuih-muih di setiap gerai jualan yang dilawati Seri Paduka.

Seri Paduka kemudiannya berangkat menghadiri Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang dan seterusnya berbuka puasa bersama rakyat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam menggunakan pesawat khas pada pukul 11.56 pagi tadi bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan