27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ronaldo kekal penjaring terbanyak peringkat antarabangsa

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

CRISTIANO Ronaldo melebarkan rekod penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa setelah meledak dua gol dalam perlawanan menentang Lichtenstein pada Khamis dengan kini mencatatkan rekod 122 gol dalam 198 penampilan.

Pemain berusia 38 tahun itu turut menyumbang dua gol buat juara Euro 2016 itu dalam perlawan pertama kumpulan bagi kelayakan Euro 2024 berdepan Luxemborg.

Untuk rekod, lagenda Iran, Ali Daei berada di tangga kedua dengan 109 gol dan bintang Argentina, Lionel Messi yang telah menjaringkan 99 gol buat Argentina kini tangga ketiga.

Advertisements

Legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari masih kekal di tangga keempat dunia dengan rekod 89 gol.

Mengikut senarai ranking ini, hanya Messi yang masih aktif bermain di peringkat antarabangsa dengan berpeluang mengatasi rekod Ronaldo dengan memerlukan 23 lagi jaringan untuk memintas bintang Al-Nassr itu. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan