32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Indonesia hilang hak tuan rumah Piala Dunia B-20?

Ekoran membantah kehadiran skuad kebangsaan Israel  dalam kejohanan yang bermula 20 Mei hingga 11 Jun ini.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

INDONESIA berisiko hilang hak sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia bawah 20 tahun (B-20) susulan membatalkan undian rasmi yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat ini di Bali.

Pembatalan dibuat oleh Gabenor Bali selain beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia turut mengemukakan bantahan kehadiran skuad kebangsaan Israel  dalam kejohanan yang bermula pada 20 Mei hingga 11 Jun ini.

Tindakan membatalkan Majlis Undian rasmi itu bakal mengundang hukuman berat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Selain itu, Iraq enggan diundi satu kumpulan bersama Israel sebagai tanda solidariti buat Palestin.

Mengikut laporan media Indonesia, Gabenor Bali iaitu Wayan Koster telah menghantar surat mengemukakan bantahan terhadap kemasukan Israel untuk menyertai kejohanan kepada Menteri Belia dan Sukan negara itu, Zainudin Amali.

Qatar dan Argentina dilaporkan menawar diri untuk mengganti Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20.

Tawaran dibuat Qatar mengikut pengalaman menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 manakala Argentina pula memohon untuk persediaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030. – EDISI9

Baca juga:   Malaysia sumbang peralatan perubatan kepada Indonesia

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan