29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Malaysia bertemu Hong Kong di final Piala Merlion

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SKUAD Malaysia bawah 22 tahun (B-22) bakal membuat perhitungan dengan pasukan Hong Kong dalam perlawanan akhir Piala Merlion di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada esok.

Jaringan pemain tengah Hong Kong, Ichikawa Sohgo di minit ke 39 telah menyekat hasrat tuan rumah, Singapura untuk beraksi di final kejohanan.

Kesilapan yang dilakukan pasukan tuan rumah dengan kekeliruan antara Aizil dan Ryaan untuk mempertahankan sepakan percuma Hong Kong menyebabkan benteng Singapura huru-hara membawa padah sehingga dihukum pasukan pelawat menghasilkan gol.

Advertisements

Benteng pertahanan Hong Kong dikawal rapi untuk menafikan percubaan Singapura menyamakan kedudukan.

 Singapura akan menentang Kemboja untuk merebut kedudukan tempat ketiga kejohanan tersebut.

Sementara itu, Malaysia beraksi cemerlang selepas menewaskan Kemboja 4-2 petang semalam bakal merebut kejuaraan menentang Hong Kong di final. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan