ABDELHAMID Sabiri menjadi wira buat pasukan Maghribi selepas menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Brazil dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Tangier.
Brazil yang kini dibimbing oleh pengendali sementara, Ramin Menezes, memulakan penampilan sulung dengan kekalahan buat juara Piala Dunia lima kali itu.
Menezes memimpin pasukan Selecao untuk sementara bagi menggantikan Tite setelah hanya mampu membawa Brazil ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar meskipun turun selaku pasukan pilihan utama untuk muncul juara.
Maghribi menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi Sofiane Boufal namun kapten Brazil, Casemiro mengikat kedudukan dengan memanfaatkan jesilapan Yasdine Bounou.
Kegagalan Brazil memanfaatkan peluang buat Sabiri menghasilkan kemenangan buat Maghribi pada minit ke-79 di laman sendiri.
Kemenangan ini mencipta satu lagi sejarah buat Maghribi setelah tampil beraksi cemerlang di Piala Dunia 2022 dengan menduduki tangga keempat dengan menumbangkan pasukan gergasi bola sepak Brazil yang dibarisi ramai bintang ternama. – EDISI9

