27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Kelayakan Piala Dunia: Uruguay kejutkan Brazil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

URUGUAY mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan ranking nombor satu dunia, Brazil, 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Centenario, Montevideo, pagi tadi.

Gol-gol Uruguay dijaringkan oleh Darwin Nunez dan Nicolas de la Cruz pada setiap babak bagi melonjakkan negara itu di tangga kedua, memintas Brazil di kedudukan ketiga menerusi perbezaan jaringan.

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama Uruguay ke atas Brazil sejak 2001.

Sementara itu, skuad Samba tersebut turut mencatat rekod buruk dalam perlawanan menentang Uruguay apabila gagal mencipta sebarang percubaan tepat ke arah gol.

Advertisements

Ini juga merupakan kekalahan pertama Brazil dalam kelayakan Piala Dunia sejak 2015 selepas mengharungi sebanyak 37 perlawanan tanpa tewas.

Bagaimanapun, Brazil turut menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat bintang Ah-Hilal, Neymar yang terpaksa diusung keluar pada penghujung separuh masa pertama akibat kecederaan lutut serius.

Sumber Persatuan Bola Sepak Brazil memaklumkan, penyerang tersebut mengalami kecederan lutut kiri yang serius dan akan menjalani imbasan bagi mengenal pasti sejauh mana kecederaan Neymar.

“Mari berhadap agar tiada apa yang serius. Dia merupakan pemain penting pasukan. Neymar mengalami pelbagai siri kecederaan dan apabila dia kembali pulih, dia akan tercedera kembali,” kata kapten Brazil, Casemiro kepada stesen televisyen Globo. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan