27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Jawatan Menteri KPDN akan diisi jika ada calon sesuai – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEKOSONGAN jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hanya akan diisi sekiranya terdapat calon yang bersesuaian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memerlukan masa bagi mencari pengganti yang benar-benar layak bagi mengisi jawatan tersebut susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Julai lalu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi bayangan bahawa tiada rombakan Kabinet seperti desas desus sebelum ini, semata-mata hanya untuk mengisi satu jawatan menteri.

“Rombak Kabinet? Kena rombak ke? Untuk mengisi kekosongan? Bila ada calon sesuai,” kata.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut menyokong kerajaan, Anwar berkata beliau sepatutnya mengemukakan bukti.

“Yang saya tahu saya belum jumpa (Iskandar Dzulkarnain), saya belum ada menghubunginya, saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut. 

“Kalau ada bukti dia kata, keluarkan jangan pakai main bedal saja,” kata beliau serta menambah bahawa tuduhan berkenaan adalah serius dan patut disiasat sepenuhnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan