30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

FAM galak lebih banyak pasukan bola sepak wanita dibentuk

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyeru agar lebih banyak pasukan bola sepak wanita dibentuk pada masa hadapan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, membangunkan bola sepak wanita adalah usaha yang kolektif membabitkan persatuan bola sepak negeri, kelab-kelab dan universiti serta FAM sendiri.

Katanya, objektif membangunkan bola sepak wanita di negara tidak dapat dicapai tanpa usaha yang dilakukan secara bersama.

“Dengan kewujudan lebih banyak pasukan bola sepak wanita, bakat pemain akan dapat berkembang, sekali gus membuka ruang untuk melihat lambakan pemain wanita di negara ini.

“FAM juga ingin melihat lebih ramai jurulatih wanita dibentuk dan ini hanya akan dapat dicapai dengan tambahan penyertaan pasukan di dalam Liga Wanita Nasional (LWN),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Kursus Pembangunan Liga FIFA/FAM yang telah dianjurkan bermula 16 Oktober lalu di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Turut hadir Exco FAM, Datuk Suraya Yaccob; Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Hadir sama Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi.

Terdahulu, seramai 20 peserta terdiri daripada ketua jurulatih dan jurulatih pasukan bertanding di LWN 2023, jurulatih sekolah sukan serta jurulatih terpilih dari persatuan bola sepak telah menyertai kursus selama tiga hari itu.

Ia telah dikendalikan Pakar Teknikal Persatuan Bola Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Karl Dennis Dodd dan dibantu oleh Ketua Unit Akar Umbi FAM, Cameron Ng. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan