31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9


PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan yang digantung operasi, MYAirline.

Menerusi perkongsian di Facebook, Muhyiddin berkata, beliau juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pemegang saham syarikat berkenaan serta tidak tahu mengenai latar belakang syarikat tersebut.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan ini atau mana-mana pemegang saham syarikat. Saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat ini.

“Carian saya menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri,” katanya hari ini.

Advertisements

MYAirline pada 12 Oktober lalu mengumumkan penggantungan operasinya sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak disebabkan tekanan kewangan.

Muhyiddin berkata, penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan beliau.

“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya.

“Saya percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baik saya dengan membuat tuduhan jahat kononnya saya terbabit dengan syarikat ini. Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan