26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Desak PBB, OIC kenakan sekatan ekonomi terhadap Israel – PN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa kerajaan mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Negara-Negara Islam (OIC) membuat ketetapan kolektif dengan memulakan sekatan ekonomi dan perundangan antarabangsa terhadap Israel.

Ahli Parlimen PN menerusi kenyataan bersama berkata, kerajaan perlu menggunakan Persidangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Khamis ini bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar segera pasukan pengaman.

“Walau bagaimanapun, tidak salah bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil tindakan proaktif dengan memulakan misi Pasukan Pengaman Pertubuhan Kerjasama Islam di sempadan Gaza,” katanya hari ini.

Kenyataan itu berkata, jenayah holocaust terancang Israel ke atas bangsa Palestin perlu dikeji dan dicela sekeras-kerasnya.

Advertisements

“Insiden pengeboman ke atas hospital di Gaza malam tadi merupakan satu jenayah pembunuhan kejam yang dilakukan rejim haram apartheid Israel pimpinan Benjamin Netanyahu,” katanya.

Justeru itu, katanya, lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia perlu memanfaatkan kuasa ekonomi Islam bagi memberikan tekanan kepada rejim Israel serta sekutunya.

“PN menyeru kerajaan untuk menyuarakan secara lantang usaha bagi membangkitkan kesedaran umat Islam dunia untuk membalas setiap kekejaman, kebiadapan dan kesombongan Israel.

“Kami akan terus mengunakan semua saluran dan rangkaian yang ada termasuk diplomasi antara rakyat kepada rakyat bagi memastikan Palestin mendapat keadilan, pembelaan dan bantuan di semua peringkat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan