31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

HM bangkit lakar kemenangan dramatik ke atas Kyrgyztan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Malaya (HM) mempamerkan semangat juang menakjubkan apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum menundukkan Kyrgyztan 4-3 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Anak buah Kim Pan Gon berada di depan seawal minit ketujuh menerusi tandukan Dion Cools hasil sepakan penjuru Arif Aiman Hanapi.

Bagaimanapun kelekaan dalam tempoh tiga minit pada penghujung babak pertahan dihukum apabila pelawat meledak dua gol menerusi Kayrat Zhyrgalbek pada minit ke-42 dan Ernist Batyrkanov (44′)

Kyrgyztan tambah selesa di babak kedua apabila Kai Merk meledak gol ketiga pelawat pada minit ke-57.

Advertisements

Sedar tidak boleh tewas dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Pan Gon melakukan tiga pertukaran dengan membawa masuk Paolo Josue, Endrick dos Santos dan Akhyar Rashid.

Percaturan itu nyata berhasil apabila Khristiyan Brauzman tertolak ke gawang sendiri pada minit ke-72 sebelum Cools menyamakan kedudukan, lima minit kemudian.

Penyerang Selangor FC, Faisal Halim muncul wira negara apabila meledak gol kemenangan pada waktu kecederaan sekali gus memberikan tiga mata penting buat Harimau Malaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan